fbpx

[VIDEO] 2 lelaki didakwa mabuk buat kecoh, tumbuk pekerja restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @Twt_Cyberjaya.

PETALING JAYA – Dua lelaki bertindak memukul seorang pekerja dan membuat kekecohan di sebuah restoran di Cyberjaya, malam tadi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Twt_Cyberjaya, kelihatan pekerja tersebut mempertahankan dirinya ketika dipukul oleh individu yang memakai baju berwarna kelabu biru.

Seorang lagi individu yang memakai topi berwarna merah pula bertindak mencampak semua pinggan yang berada di atas penghidang makanan.

“Jangan letak tangan. Kau nak panggil polis? Panggil lah. Kau bagi tosai kau kat aku,” marah salah seorang individu terbabit.

Walau bagaimanapun, punca pergaduhan sebenar masih belum dapat dikenal pasti.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada yang mendakwa dua individu tersebut berada dalam keadaan mabuk ketika membuat kekecohan itu.

“Yang baju hitam lengan biru dah mabuk teruk. Jalan dah melelong, tapi pukul tetap pukul. Yg topi merah tu mungkin ada minum sikit, tapi sengaja jadi ‘nasi tambah’,” komen Azrul Hadi.

“Kalau nak tengok daripada video, sah gaya macam mabuk ini,” ciap seorang pengguna.

“Kenapa bergaduh sampai perlu merosakkan barang kedai? Dan yang lain patut tolong leraikan,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI