fbpx

Suka jalan sendiri di Singapura, Anna Jobling hati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN serangan menimpa Kamal Adli membuatkan Anna lebih berhati-hati.

PETALING JAYA – Ekoran insiden yang berlaku kepada rakan pelakon, Kamal Adli di Singapura, aktres jelita Anna Jobling mengakui tidak lagi berani untuk berjalan seorang diri di negara maju tersebut.

Bagaimanapun, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, menegaskan bahawa kecelakaan yang menimpa Kamal boleh berlaku kepada orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

“Saya tak terfikir tapi ya, akan lebih berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri, kalau benda nak berlaku anywhere, anytime, anyplace (di mana-mana, bila-bila masa dan di mana-mana tempat).

“Sekarang pun kalau orang nak datang serang, bila-bila masa kita tak pernah dapat tahu atau jangka.

“Kalau di Singapura memang saya suka berjalan seorang diri di Orchard Road. Kadang-kadang, saya lupa orang kenal diri saya. Saya dah terbiasa buat benda secara sendiri.

“Tapi lepas apa yang berlaku kepada Kamal, saya akan lebih berhati-hati. Sudah tentu, saya kena ingat sekarang saya Anna Jobling. Bahaya. Walaupun saya pakai topi dan pelitup muka, orang masih kenal,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.

Dalam pada itu, Anna yang ditemui usai majlis tayangan episod perdana drama rantaian, Melur Untuk Firdaus 2 berkata, Singapura adalah sebuah negara yang selamat dan aman damai.

“Saya ada jual produk keluaran (merchandise) keluaran saya di Singapura dan ‘sold out’ dalam tempoh hanya tiga hari.

“Saya akan ke Singapura bulan hadapan untuk jual baju raya di sana. Setakat ini, sekuriti memang ada di semua tempat yang saya kunjungi. Penganjur sediakan cuma tak perlulah kita dedahkan rasanya. Memang sebelum ke mana-mana acara luar negara, memang pihak saya akan ‘request’,” ujarnya.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita Kamal Adli diserang seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan cota besi sehingga mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan terpaksa menjalani pembedahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI