fbpx

Permohonan Dana Kandungan Digital dibuka mulai 23 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PUTRAJAYA- Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik di bawah Kumpulan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. akan dibuka mulai 23 Mac 2023 dalam usaha mempamerkan komitmen kerajaan menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya percaya DKD itu akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni pasca Covid-19 untuk menghasilkan karya kreatif berkualiti tinggi selain mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Jelasnya, pemain industri boleh membuat permohonan DKD melalui pautan www.mycreative.com.my/dkd.

“Seramai 13 penerima telah diberi Surat Setuju Terima Dana Persembahan Muzik di bawah inisiatif DKD Industri Muzik Tahun 2022 yang berjumlah RM3.3 juta.

“Selain itu, tiga Badan Pelesenan iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performances Malaysia (RPM) Berhad turut menerima Pembayaran Skim Pelesenan Hak Cipta Penggunaan Muzik berjumlah RM2.18 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, kementerian juga bertekad membina ekosistem kondusif bagi memayungi industri kreatif selain menyifatkan kerjasama berterusan dengan pemain dan penggiat seni muzik akan memacu industri ke tahap lebih tinggi.

Dalam perkembangan lain, Fahmi menjelaskan, kementerian buat julung kalinya telah menganjurkan sesi dialog awam (town hall) industri muzik yang disertai lebih 500 orang pemain dan penggiat industri muzik di Kuala Lumpur Performing Arts Centre semalam.

“Dialog awam itu merupakan langkah permulaan menghimpunkan pihak berkepentingan daripada pelbagai peringkat industri untuk mengenal pasti dan membincangkan inisiatif yang berpotensi memajukan industri serta menyelesaikan isu berkaitan.

“Pemain industri yang turut serta terdiri daripada golongan artis, penerbit, pengurus, wakil syarikat rakaman, wakil perkhidmatan penstriman muzik serta penganjur acara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI