fbpx

Kami memang rapat, tapi bukan pasangan kekasih – Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING menjelaskan hubungannya dengan Meerqeen tidak lebih sekadar kawan baik.

KUALA LUMPUR – “Tak penat ke asyik tanya soalan yang sama?”

Demikian respons pelakon jelita Anna Jobling ketika sekali menjelaskan dakwaan kononnya sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama aktor, Meerqeen. Ujar Anna, 22, hubungannya bersama pelakon gandingannya dalam drama fenomena Melur Untuk Firdaus itu tidak lebih daripada seorang sahabat dan masing-masing bersikap profesional.

“Saya jelaskan di sini, hubungan kami hanya sekadar rakan sahaja. Kami memang rapat, namun secara profesional atas dasar kerja.

“Mungkin cerita ini timbul disebabkan keserasian kami yang terlalu kuat sebagai pasangan dalam drama Melur Untuk Firdaus,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ketika disoal sama ada mereka pernah keluar bersama-sama di luar waktu kerja, Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman mengakui pernah meluangkan masa bersama pelakon berusia 21 tahun itu, namun bukan sebagai pasangan kekasih.

“Pernah keluar bersama ke sana ke sini, makan. Pergi majlis sama-sama. Tapi hanya sebagai rakan,” katanya.

Pada masa sama, Anna meluahkan rasa syukur kepada peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya dan juga Meerqeen dan terharu dengan sambutan yang diterima daripada peminat

“Saya terharu dan bersyukur dengan keprihatinan peminat. Tidak timbul pun rasa rimas atau penat melayan mereka kerana bukan semua orang dapat peluang seperti ini.

“Jadi kami cukup menghargai peminat yang sentiasa menyokong perjalanan karier kami,” kata Anna yang ditemui ketika majlis sidang media pelancaran baju raya kucing DD Cat & Anna Jobling di Lalaport, semalam.

Terdahulu, Anna dan Meerqeen mencipta fenomena selepas lakonan mereka menerusi drama Melur Untuk Fridaus mendapat sambutan hangat penonton bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Indonesia.

Keserasian yang dipamerkan pelakon itu menyebabkan segelintir peminat mendakwa mereka sebagai pasangan serasi dan teruja jika kedua-duanya benar-benar menjalin hubungan cinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI