fbpx

25 bazar sertai inisiatif Bazar Ramadan Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin ketika di Majlis Pelancaran Jualan Rahmah SZBLOOMS di Enigma Square, Bandar Puteri Bangi petang tadi.

BANGI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan sebanyak 25 buah bazar di seluruh negera bakal terlibat dalam inisiatif Bazar Ramadan Rahmah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Bazar Rahmah Ramadan akan bermula seawal 23 Mac ini dan akan dilancarkan pada hari kelima iaitu 27 Mac.

“Setiap bazar mempunyai 30 buah gerai yang mana peniaga menawarkan penjimatan makanan sebanyak 30 peratus dan Menu Rahmah,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jualan Rahmah SZBLOOMS di Enigma Square, Bandar Puteri Bangi, di sini, petang tadi.

Pada masa sama, beliau turut berkongsi laporan berkaitan inisiatif Payung Rahmah di media sosial telah mencapai 499.9 million tontonan termasuk di platform TikTok (12.8 million tontonan) dan Twitter (51.4 million capaian).

Mengulas lanjut mengenai Jualan Rahmah SZBLOOMS, beliau menyifatkan pelaksanaan berkenaan merupakan salah satu faktor berkembangnya inisiatif Payung Rahmah.

Katanya, pengguna berkemampuan membeli set hidangan Portmeirion, Le Creuset dan Royal Albert ini susulan tawaran harga diskaun serendah RM49.90 akan diberikan sehingga 31 Mei ini.

“KPDN terus komited bagi memastikan seluruh warga Malaysia Madani dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

“Kita sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.

“Diharapkan agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan,”katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI