fbpx

YouTube Buletin TV3 digodam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun YouTube rasmi Buletin TV3 milik Media Prima Berhad bertukar nama dan gambarnya kepada ‘Tesla (US)’.

PETALING JAYA – Akaun YouTube rasmi Buletin TV3 milik Media Prima Berhad bertukar nama dan gambarnya kepada ‘Tesla (US)’.

Bagaimanapun, akaun yang memiliki 1.62 juta pengikut itu masih mempunyai rakaman video yang dimuat naik oleh Buletin TV3.

Menerusi tinjauan di media sosial, saluran rasmi yang lain milik TV3 masih beroperasi seperti biasa dan tidak mengalami sebarang gangguan pertukaran logo mahupun nama.

Setakat ini masih belum keluar kenyataan rasmi daripada pihak Media Prima Berhad dan TV3 berhubung perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI