fbpx

Tiada kompromi terhadap gangguan idMe – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran terma dan syarat yang telah ditetapkan kepada syarikat pelaksana Sistem Pengurusan Identiti (idMe) dan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM menyedari terdapat gangguan capaian pada kedua-dua sistem itu dan mengesan gangguan mula berlaku pada 19 Januari lalu disebabkan isu teknikal dan penggunaan sistem.

“Isu itu berjaya diselesaikan pada 11 Februari 2023. Prestasi sistem terus dipantau bagi memastikan ia sentiasa beroperasi dengan baik bagi meminimumkan gangguan capaian.

“KPM telah mengenal pasti punca masalah kepada keseluruhan sistem ini dengan mengambil kira pengurusan sistem secara keseluruhan serta kompetensi personel bagi memantapkan lagi pelaksanaan sistem tersebut,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu sama ada KPM akan melakukan teknikal audit ke atas idMe dan MOEIS yang sering mengalami gangguan teknikal sehingga menyukarkan tugas guru-guru.

Tambah Fadhlina, KPM akan bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) bagi pelaksanaan audit teknikal dalam sistem itu.

“Hasil audit ini bagi menambah baik sistem sedia ada, serta perancangan sistem KPM yang akan datang. Kita jangkakan audit ini akan dilaksanakan pada suku kedua 2023,” katanya.

Sementara itu, katanya sehingga hari ini terdapat 89 peratus sekolah di seluruh negara telah selesai memasukkan data dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) di bawah MOEIS melalui idMe manakala bakinya mempunyai pilihan untuk memasukkan data sama ada melalui SPPB atau secara luar talian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI