fbpx

Suami isteri kendali rumah perlindungan direman kes amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ARAU – Sepasang suami isteri yang mengendalikan sebuah rumah perlindungan dan kebajikan kanak-kanak direman bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap seorang penghuni premis tersebut.

Menurut sumber, pasangan suami isteri berusia lingkungan 50-an itu direman sejak minggu lalu dan kejadian difahamkan berlaku di rumah pasangan tersebut di Jejawi, di sini, manakala mangsa berusia 20 tahun dikatakan masih di bawah perintah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mangsa sendiri tampil membuat laporan polis pada awal bulan ini, namun tidak dapat dipastikan adalah perlakuan amang seksual dilakukan terhadap mangsa ketika dia masih di bawah umur atau tidak,” katanya.

Katanya, rumah perlindungan tersebut dikosongkan sejak beberapa hari lalu dan puluhan penghuni diselamatkan ke beberapa premis perlindungan lain seliaan JKM negeri.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad ketika dihubungi mengesahkan terdapat laporan polis dibuat dan kes masih disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam pada itu, Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa enggan mengulas lanjut kerana kes tersebut sedang disiasat pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI