fbpx

SPRM sedia siasat mana-mana pemimpin politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAM BAKI memeriksa perbarisan sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat mana-mana pemimpin politik sekiranya terdapat aduan dan bukti salah laku melibatkan mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan dijalankan pihaknya bersifat adil dan telus dengan berdasarkan bukti-bukti yang telah dikumpul.

“Dalam menyiasat kesalahan melibatkan mana-mana parti politik, yang penting kita kena pastikan adakah parti berkenaan melakukan salah laku rasuah, kita memang boleh siasat tetapi apakah kesalahan yang berlaku.

“Dalam kes rasuah ini, secara prinsipnya ialah mana-mana pihak sekiranya menggunakan kuasa berkenaan untuk kepentingan diri atau mana-mana pihak lain ia satu kesalahan yang diklasifikasikan sebagai rasuah yang perlu disiasat SPRM.

“Oleh itu, mana-mana pihak yang kita akan siasat elemen berkenan perlu ada dalam aduan dikemukakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung cabaran dibuat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu SPRM turut menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung dana politik.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI