fbpx

Penyokong Frankfurt mengamuk di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran agensi berita Ansa menunjukkan penyokong pasukan Eintracht Frankfurt bertempur dengan polis di Naples, semalam. – AFP

NAPLES, ITALI –  Rusuhan  ganas tercetus di Naples, Itali, semalam, apabila penyokong pasukan bola sepak Jerman menyerbu bandar raya tersebut menjelang perlawanan Liga Juara-Juara, di mana mereka sebelum itu telah dilarang untuk menghadirinya.

Seorang jurucakap polis tempatan memberitahu stesen penyiaran CNN bahawa peminat kelab bola sepak Jerman, Eintracht Frankfurt menyerang anggota polis dan membakar kereta menjelang perlawanan antara kelab tersebut dengan pasukan Napoli.

Video yang dirakam agensi berita Reuters menunjukkan beberapa kumpulan lelaki menyerang anggota-anggota polis rusuhan menggunakan bom api dan  objek lain di jalan raya yang dipenuhi asap.

Datuk Bandar Naples, Gaetano Manfredi menyelar tindakan ganas itu sambil berkata, beliau telah memanggil Duta Besar Jerman ke Itali, Viktor Elbling.

Menurut laman berita Football Italia, kira-kira 400 peminat pasukan Eintracht Frankfurt melakukan perjalanan ke Naples sebelum insiden itu.

Berikutan beberapa laporan mengenai keganasan yang tercetus ketika perlawanan pusingan pertama di Jerman sebelum ini, pihak berkuasa Itali melarang penjualan tiket untuk penyokong pasukan Eintracht Frankfurt bagi perlawanan di Stadium Diego Armando Maradona semalam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI