fbpx

MK K-Clique hadkan kerja semasa Ramadan, rancang umrah selepas Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK K-CLIQUE

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique merancang untuk menunaikan ibadah umrah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk ke Tanah Suci Mekah bersama keluarga.

“Saya sudah lama berniat untuk ke sana bersama keluarga.

“Perancangannya Insya-Allah selepas Syawal tetapi masih dalam perbincangan. Sejujurnya, saya tak mahu berkongsi mengenai perkara ini kerana tak mahu orang bercakap mengenainya.

“Niat untuk beribadah di sana, takut nanti jika ia diperkatakan, niat saya bakal disalahtafsir. Saya mohon doa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan,” katanya.

Berkongsi perkembangan terbaharu, penyanyi lagu Mimpi ini berkata, dia akan memperlahankan aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan.

“Puasa tahun ini saya mahu mengurangkan kerja seni dan mahu fokus beribadah. Ada tawaran untuk menjalani penggambaran, tapi masih dalam pertimbangan.

“Jika sesuai dengan jadual, saya akan terima tetapi saya memang meletakkan had untuk bekerja di bulan Ramadan sebab saya pun tak tahu kemampuan saya,” katanya.

MK ditemui di majlis pelancaran koleksi baju Melayu Armaan x MK di Panggung Asia, Gombak, semalam.

Mengulas mengenai kolaborasi ini, MK menerima tawaran untuk menjalin kerjasama kerana selesa dengan jenama terbabit.

“Ada orang bertanya kenapa tak bekerjasama dengan jenama besar untuk menjual baju Melayu. Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan jenama besar tetapi tahun ini saya mencari kelainan.

“Kali ini, saya memilih jenama ini kerana percaya dengan kualiti mereka dan mahu berkongsi rezeki,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI