fbpx

Kes keracunan makanan meningkat di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Amran Nordin (kanan) memeriksa gerai makanan ketika Op Payung di sekitar Taman Perpaduan, Tambun hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kes keracunan makanan di Perak meningkat hampir 100 peratus apabila merekodkan 37 kes sepanjang tahun lalu berbanding 19 kes pada 2020 dan 2021.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, setakat Februari ini sahaja, sebanyak enam kes keracunan dicatatkan dan jumlah itu dijangka akan meningkat.

Bagaimanapun katanya, kes keracunan makanan itu dalam keadaan terkawal kerana kes yang dilaporkan tidak tinggi berbanding negeri lain.

“Kes keracunan makanan di negeri ini menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua tahun sejak keadaan negara pulih daripada pandemik Covid-19.

“Kemungkinan semasa tempoh Covid-19 tidak ramai peniaga menjalankan perniagaan, jadi kes keracunan makanan berkurangan, tapi apabila keadaan semakin pulih, lebih ramai peniaga mula berniaga, kes agak meningkat,” katanya pada Op Payung di Taman Perpaduan, Tambun di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI