fbpx

Jenama Elrah  hiasi papan iklan elektronik gergasi di Jalan Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandangan waktu malam papan iklan gergasi elektronik yang mempamerkan jenama Elrah Exclusive di Tun Razak Exchange baru-baru ini.

PETALING JAYA – Elrah Trading Sdn Bhd. melalui koleksi pakaian tradisional khususnya jubah, baju Melayu dan kurta di bawah jenama Elrah Exculsive menyasarkan jualan sehingga RM250 juta setahun.

Pengasas jenama tersebut, Mohd. Hilmi Che Azman berkata, rangkaian koleksi pakaian yang dijual serendah RM50 untuk kurta dan RM189 untuk baju Melayu melalui  tawaran warna menarik, menggunakan fabrik berkualiti serta dijahit halus menampilkan rekaan yang unik dan eksklusif bakal menarik minat para peminat setianya dan pelanggan.

Menurut beliau, keyakinan terhadap jenama yang telah berada di pasaran sejak berada di pasaran sejak tahun 2014 itu memberi peluang kepada syarikat untuk menyasarkan jumlah yang tinggi setiap tahun.

“Ini turut disokong oleh komitmen lebih daripada 10,000 ejen dan  29 cawangan di luar negara termasuk di  Thailand, Brunei dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mohd. Hilmi menerangkan, jenama Elrah Exclusive kini diperkukuhkan lagi melalui  inisiatif syarikat yang mencipta sejarah tersendiri apabila iklan baju rayanya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TS Law bersebelahan Jalan Tun Razak sejak 15 Mac lalu.

Jenama tempatan  itu berjaya mencipta rekod dan sejarah pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama antarabangsa dan mewah.

‘Saya bangga dan berpuas hati terhadap jenama Elrah Exclusive kini terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.

“Kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa,” jelas beliau. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI