fbpx

Hotel Crockfords dapat penarafan 5 Bintang Forbes Travel Guide

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anugerah Bintang Forbes Travel Guide menyenaraikan 1,376 hotel di seluruh dunia tahun ini.

PETALING JAYA – Hotel Crockfords di Resorts World Genting (RWG), Genting Highlands baru-baru ini menerima penarafan hotel 5 Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) buat tahun ke-5 berturut-turut, mengesahkan kedudukannya sebagai hotel yang memberikan kemewahan dan pengalaman tiada tolok bandingnya kepada para tetamu.

Tahun ini, Anugerah Bintang Forbes Travel Guide menyenaraikan 1,376 hotel di seluruh dunia dan hartanah RWG lain yang turut tersenarai ialah Hotel Genting Grand dengan 4 Bintang Forbes dan Hotel Highlands sebagai hotel yang disyorkan Forbes.

FTG merupakan satu-satunya system penarafan global yang terkenal untuk hotel-hotel mewah, restoran serta spa, dan diiktiraf kerana mewujudkan konsep perkhidmatan 5 Bintang.

Dinilai teliti mengikut 900 piawaian oleh pakar pemeriksa, sesebuah hotel perlu menawarkan perkhidmatan luar biasa kepada tetamu untuk melayakkan mereka mendapat penarafan 5 Bintang.

Naib Presiden Operasi Hotel, Genting Malaysia Berhad, David Leung Ming Sum berkata, pihaknya berbesar hati untuk sekali lagi diiktiraf oleh FTG sebagai salah satu hotel mewah terbaik di dunia.

“Hotel Crockfords tiada tandingannya di Malaysia pada masa ini dari segi perkhidmatan yang disusun khas dan layanan mewah.

“Pengiktirafan terbaharu Anugerah 5 Bintang FTG ini adalah bukti semangat dan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi dalam memberi perkhidmatan terbaik.

“Kami sentiasa berusaha meningkatkan standard global dan memberikan pengalaman unik, bertaraf dunia dan tidak dapat dilupakan dengan standard paling tinggi dalam hospitaliti untuk semua tetamu kami,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI