fbpx

Harimau belang mengganas di Merbau Menyusut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai seekor lembu yang dipercayai mati akibat dibaham harimau di Kampung Merbau Menyusut, Setiu pada kelmarin.

SETIU – Seramai 380 penduduk Kampung Merbau Menyusut di sini berada dalam ketakutan ekoran kemunculan dua ekor harimau belang sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Merbau Menyusut, Mohd. Zamri Embong berkata, setakat ini, tiga ekor lembu ternakan penduduk telah mati dipercayai diserang haiwan buas berkenaan.

Beliau berkata, beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak dengan kelibat seekor harimau betina dan anaknya di sekitar lokasi penemuan bangkai lembu terbabit.

“Kita telah menjumpai satu bangkai haiwan ternakan itu, seekor (lembu) dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan sempat disembelih manakala seekor lagi gagal dikesan disyaki diheret ke dalam hutan berhampiran.

“Kelibat harimau belang terbabit amat merisaukan kami terutama keselamatan anak-anak kerana kawasan penemuan bangkai lembu berkenaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap di sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, aduan berhubung penemuan haiwan liar berkenaan telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

Katanya, beliau difahamkan Perhilitan negeri akan memasang perangkap bagi menangkap harimau tersebut pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI