fbpx

Angka perkahwinan Korea Selatan terendah, wanita mula kahwin usia 30-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILANGAN perkahwinan di Korea Selatan mencatat angka terendah tahun lalu. – AFP

SEOUL  – Bilangan rakyat Korea Selatan yang mendirikan rumahtangga pada tahun lalu mencatat angka terendah, demikian menurut statistik diterbitkan hari ini sekali gus menambah kepada masalah demografi setelah negara berkenaan mencatat kadar kelahiran terendah dunia.

Kira-kira 192,000 pasangan berkahwin pada 2022, susut lebih 40 peratus berbanding sedekad sebelumnya pada 2012, apabila 327,000 pasangan telah berkahwin.

Ia adalah jumlah perkahwinan terendah dalam setahun sejak statistik perkahwinan di Korea Selatan bermula pada  tahun 1970.

Purata umur lelaki yang berkahwin buat kali pertama ialah 33.7 tahun sekali gus rekod tertinggi, manakala purata usia pengantin perempuan juga mencecah rekod tinggi 31.3 tahun untuk perkahwinan pertama.

Mereka mewakili peningkatan 1.6 tahun untuk lelaki dan 1.9  tahun untuk wanita untuk perkahwinan kali pertama daripada sedekad sebelumnya.

Hampir 80 peratus pasangan yang berkahwin pada tahun lepas buat kali pertama berbuat demikian.

Data baharu itu diterbitkan ketika Korea Selatan bergelut dengan penurunan kronik dalam kadar kelahirannya, dengan bilangan bayi paling rendah iaitu 249,000 orang lahir tahun lepas sekali gus memecahkan rekod terendah sebelumnya pada 2021.

Korea Selatan telah lama melepasi kadar penggantian iaitu selepas  populasi mula menyusut dengan rekod terendah 0.78 kelahiran bagi setiap wanita pada tahun lepas.

Kerajaan telah membelanjakan kira-kira 280 trilion won (R$M959 bilion) sejak 2006 dalam usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran tetapi populasinya diunjurkan menurun daripada kira-kira 52 juta kepada 39 juta menjelang 2067. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI