fbpx

Selangor larang program Islam di rumah agama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor melarang sama sekali penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya mendapati wujud pertubuhan bukan kerajaan (NGO) aktif menganjurkan program berbentuk kefahaman dan nilai toleransi antara agama sejak kebelakangan ini.

Katanya, usaha itu disambut baik  kerajaan Negeri namun perlu mengikuti garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terutama melibatkan faktor perundangan.

“JAIS sentiasa memantau dan mengambil tindakan kepada pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan sejak sekian lama mengikut Seksyen 5 dan Seksyen 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zawawi, kerajaan negeri sentiasa menghormati kemajmukan dan perbezaan agama yang ada.

Justeru, tegasnya, setiap NGO perlu lebih berhati-hati dalam menganjurkan program yang melibatkan sensitiviti keagamaan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI