fbpx

PRN: BN fokus selesai isu air di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) semasa hadir ke Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli MKT UMNO Peringkat Negeri Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan isu bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini dalam tempoh lima tahun sekiranya diberi mandat mentadbir Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN meletakkan masalah tersebut sebagai keperluan utama untuk diselesaikan di Kelantan ketika ini.

Menurutnya, sehubungan itu, rakyat di Kelantan perlu membuat keputusan dengan mengundi BN sekali gus mampu membentuk kerajaan di negeri ini.

“Kita akan buktikan kemampuan BN dalam urus tadbir (negeri) dengan lebih baik. Rakyat di Kelantan tidak lagi boleh menjadi mangsa kepada masalah bekalan air.

“Saya tidak bersetuju dengan alasan-alasan kerajaan negeri ketika ini untuk menutup kelemahan dalam menyelesaikan masalah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat di Kelantan perlu memberi peluang kepada BN untuk mentadbir negeri untuk lima tahun sahaja.

Menurutnya, jika BN dilihat gagal, rakyat boleh menukar semula pentadbiran di Kelantan.

“BN akan meneruskan dasar-dasar baik yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri ketika ini.

“Bagaimanapun, isu air bersih bukan perkara baharu malah sudah berlarutan sejak sekian lama apabila ia gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI