fbpx

Presiden UMNO boleh digulingkan MKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ketika menyampaikan sumbangan program Back To School di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Bekas MKT UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, ini melibatkan undian antara 25 MKT yang dipilih dan 12 yang dilantik bagi jawatan itu dalam parti tersebut.

Bagaimanapun, Noh mengakui perkara tersebut sukar diperolehi berdasarkan pengalamannya selama 29 tahun menjadi ahli MKT yang terpilih dalam pemilihan UMNO.

“Bukan mudah hendak mendapatkan dua pertiga kerana kita kena ingat yang bertanding 25 orang, tetapi yang dilantik pula.

“Takkan MKT yang dilantik itu hendak ikut mereka (MKT) yang dipilih. Kalau kata hendak dapatkan atau gulingkan presiden sebab MT ramai, itu mustahil. Namun boleh buat dengan dua pertiga iaitu mengikut perlembagaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Back To School anjuran Kelab Pendidikan Parlimen Tanjong Karang, hari ini.

Ketika ditanya sama ada akan kembali kepada UMNO, Noh menegaskan akan kembali sekiranya berlaku pertukaran individu yang memegang jawatan nombor satu parti itu.

“Kalau tukar saya boleh ‘come back’ (kembali) sebab dia yang pecat saya bukan Lembaga Displin dan Majlis Tertinggi (UMNO),” katanya.

Sementara itu, berhubung hala tuju politik, Noh mengakui masih mempertimbangkan ‘lamaran’ beberapa parti yang menemuinya sebelum ini.

“Tunggulah, sekarang belum ada pertandingan hebat-hebat. Saya ini ‘player’ bukan penonton, jadi kena mainlah. Bila sampai Pilihan Raya Negeri (PRN) macam Piala Malaysia, masa itu saya tiada pilihan, (pilih) team (parti) mana yang sesuai untuk main.

“Team yang saya tengok boleh bekerja, berikan semangat perjuangan, tidak pentingkan diri dan lebih mementingkan rakyat tanpa mengira kaum. Namun penting bagi saya adalah bumiputera dan kaum-kaum lain mesti bersama.

“Mana-mana parti meletakkan agama Islam sebagai utama sesuai dengan perlembagaan kita kerana Islam agama Persekutuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI