fbpx

Pejabat Perdana Menteri ambil tindakan pihak salah guna nama, kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan tertentu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab.

“Ia sekali gus memberi imej negatif kepada kredibiliti Pejabat Perdana Menteri dan institusi kerajaan,” katanya hari ini.

Justeru, pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat.

Difahamkan, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu dilontarkan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mendakwa menerima ugutan daripada individu bernama ‘Deepak’ berkaitan isu telur import dari India.

Presiden MCA yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini berkata, individu berkenaan menelefonnya semalam dan mendakwa telah berbincang dengan PMO.

Lelaki tersebut juga mendesak beliau membetulkan kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat mengenai isu import telur dari India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI