fbpx

Misi perbaiki kedudukan negara pada Sukan SEA Kemboja 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA dan Mohd. Nasir (barisan belakang di tengah) bergambar bersama wakil atlet dan pegawai yang akan menyertai Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja di Kuala Lumpur semalam.

KONTINJEN negara yang bakal diperkuatkan 914 atlet pada Sukan SEA Kemboja yang akan membawa misi besar terutama memperbaiki keputusan lebih baik berbanding edisi tahun lalu di Hanoi, Vietnam.

Prestasi kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan edisi 2022 dianggap kurang memuaskan selepas negara menamatkan saingan di kedudukan keenam ke­seluruhan dan membawa pulang 39 pingat emas, meskipun mengatasi 36 emas seperti sasaran.

Justeru, kontinjen negara yang diketuai Datuk Mohd. Nasir Ali menyahut cabaran yang di­letakkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria untuk memperbaiki kedudukan negara dan jumlah pungutan pingat emas edisi lalu.

Nasir percaya kontinjen negara tidak akan berhadapan masalah untuk merealisasikan misi tersebut memandangkan barisan atlet yang disenaraikan sudah dalam keadaan bersedia selain berada di tahap lebih baik berbanding edisi di Hanoi.

“Kami anggap Sukan SEA Kemboja ini adalah sebagai ke­sinambungan di Hanoi, Vietnam yang baru diadakan tahun lepas. Dari segi persiapan atlet sepatutnya lebih bersedia dan mereka akan capai tahap lebih baik berbanding Hanoi.

“Insya-Allah, dengan sokongan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara), kami yakin bahawa kontinjen negara kali ini akan dapat capai lebih daripada sebelum ini,”katanya.

Nasir juga mengakui terdapat beberapa kekangan dihadapi pasukan negara selepas beberapa sukan yang diletakkan sebagai prospek emas telah digugurkan pada temasya kali ini.

Katanya, sasaran pingat emas untuk Sukan Sea Kemboja akan diumumkan selewat-lewatnya April depan selepas pihaknya bermesyuarat sebelum dimuktamadkan kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI