fbpx

Mahkamah: Keputusan rayuan bekas Menteri Sabah pada 18 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 April ini bagi keputusan rayuan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony untuk mengenepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya yang didapati bersalah atas kes penggunaan dokumen palsu untuk menipu.

Hakim Datuk Ahmad Bache menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak hari ini.

Terdahulu, peguam S. Devanandan yang mewakili Peter selaku perayu menghujahkan bahawa surat berhubung kontrak tersebut telah ditandatangani Dr. Shariff Abdul Kadir dan bukannya perayu.

“SP8 dalam keterangannya mengesahkan beliau menandatangani surat itu bagi pihak Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohamad Harun Abdullah (SP1), namun SP1 dalam keterangannya berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa untuk SP8 menandatangani surat tersebut.

“Oleh itu, perayu tidak terlibat dalam perkara ini dan saya mohon rayuan perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dibenarkan oleh mahkamah,” kata peguam itu.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin selaku responden berhujah, mengatakan perayu (Peter) sendiri dalam keterangannya menyatakan walaupun ada tender terbuka namun ia masih boleh dilobi dan perayu sendiri mengaku bahawa adalah (perkara) biasa untuk hijack projek.

Pada 26 Mei tahun lalu, Peter dipenjara tiga tahun dan denda RM50,000 di Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) tujuh lapan tahun lalu.

Hakim Azura Alwi ketika membaca penghakimannya menyatakan Peter telah menipu empat individu termasuk Datuk Seri Najib Razak (saksi pendakwaan ke-12) bagi mendapatkan kontrak bernilai hampir RM25 juta untuk diberikan kepada syarikat miliknya, Asli Jati Engineering Sdn Bhd.

Mengikut pertuduhan, Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn. Bhd. didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Justeru pendakwaan dikemukakan didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI