fbpx

[VIDEO] Gadis bertudung dikatakan kembar Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang gadis bertudung yang dikatakan mirip penyanyi Alif Satar

PETALING JAYA – Seorang gadis bertudung menjadi tular apabila wajahnya dikatakan sangat mirip dengan figura serba boleh, Alif Satar.

Menerusi video di Tiktok baz0ongi menunjukkan gadis tersebut melakukan penyegerakan bibir (lip sync) menggunakan lagu ‘Lelaki seperti aku’ sambil menari dan berlakon bersama rakan-rakannya.

Rata-rata orang ramai berpendapat gadis tersebut adalah kembar Alif dan tidak ketinggalan ‘menyeru’ Alif di media sosial masing-masing bagi memastikan penyanyi dan pelakon itu tahu tentang perkara tersebut.

“Sama, dalam perut dulu terkenan Alif Satar agaknya,” komen Iman Rashid.

“Tolonglah ambil gambar sebelah Alif Satar,” kata Whomanes.

“Hancur hati mak Alif tengok dia bertudung,” seloroh seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

@baz0ongi atream lelaki seperti alep gais official mv #fyp #spm2022 ♬ Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI