fbpx

Dewan Rakyat: Tolak diskriminasi terhadap anak luar nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menolak sebarang amalan diskriminasi terhadap kanak-kanak luar nikah.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, kanak-kanak merupakan permata negara yang perlu dilindungi, dikasihi dan disayangi selari dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

“Ketika ini, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai 18 buah institusi kanak-kanak iaitu 16 buah Rumah Kanak-Kanak.

“Memberi perkhidmatan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah usia 18 tahun termasuk bayi dan kanak-kanak yang tidak sah taraf,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat jagaan khas anak luar nikah di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI