fbpx

[VIDEO] Adik comel duet Tokti 19 tahun lepas ‘dicari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video persembahan Tokti bersama seorang kanak-kanak perempuan pada 19 tahun lepas.

PETALING JAYA – Perkongsian video persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza oleh seorang pengguna TikTok menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan ‘dicari’ orang ramai dan diminta supaya munculkan diri.

Ia berikutan, video oleh Pakwehandsome itu dipercayai adalah rakaman ketika penyanyi yang mesra disapa Tokti itu mengadakan persembahan pada 19 tahun lepas sempena minggu setiausaha.

Sejurus memulakan persembahan, kanak-kanak itu dilihat naik ke pentas dan turut diajak berduet oleh Tokti sehingga menimbulkan keterujaan orang ramai sekali gus meminta kanak-kanak tersebut ‘muncul’.

“Comelnya dia, nak tahu sangat dia yang sekarang,” komen seorang pengguna.

“Mana adik ni sekarang? Sila munculkan diri anda,” ujar Amazing_hasby.

“Dengan kuasa TikTok, muncullah adik itu sekarang,” seloroh Cik Siti.

“Agak-agak budak ‘bambam’ ni sekarang di mana? Tolong cari dia,” kata @AsMIDAH87. – KOSMO! ONLINE

@pakwehandsome1 bukan cinta biasa sempena minggu setiausaha.. #sitinurhaliza #tokti #ctdk #datosrisitinurhaliza #muziumsiti #fyp #tiktokmalaysiaindonesia🇲🇾🇮🇩 #bukancintabiasa ♬ bunyi asal – pakweHANDSOME

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI