fbpx

13 lokasi sampah haram di Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mendedahkan terdapat sebanyak 13 lokasi pembuangan sampah haram di Hulu Langat pada tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berdasarkan maklumat yang diberikan pihak Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Langat kepada beliau.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan tersebut didapati lapan adalah tanah milk individu (persendirian), tanah kerajaan (4), manakala satu lokasi lagi adalah campuran tanah individu dan kerajaan.

“Lima daripada tanah hak milik individu itu pula telah dikenakan Notis 7A iaitu rampasan iaitu Blackwater, Bandar Mahkota Cheras, PT42293 Mukim Semenyih, sekitar tanah lot Kampung Sungai Tekali, Lot 2122 Taman Pinggiran Delima, Lot 1969 dan 1970 Taman Pusara.

“Selain itu, tiga lokasi (tanah persendirian) yang sedang dikenalpasti lot tanah sebelum dikeluarkan notis sama adalah Felcra Semungkis Batu 14, Kampung Simpang Balak dan Jalan Kuari Sungai Long,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Edry Faizal Eddy Yusof (PH-Dusun Tua) berhubung jumlah kawasan yang dikenalpasti sebagai aktiviti sampah haram di daerah itu.

Amirudin turut menjelaskan bagi lima lokasi milik tanah kerajaan yang dikenalpasti adalah tanah rizab Twin Palm Sungai Long, Desa Budiman, Rinching, Rinching Hulu, Lot 1848 Kolam Air Panas Sungai Serai dan Taman Universiti Lot 908.

Tegas beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu, operasi penguatkuasaan juga telah dijalankan ke atas aktiviti sampah haram di tanah milik kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI