fbpx

Ustaz Kazim dedah tiada tauliah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias mendedahkan beliau tidak mempunyai tauliah untuk berceramah di Selangor.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, ketika ini dia hanya mempunyai tauliah di dua negeri serta satu tauliah khas daripada negeri lain.

“Saya tidak ada tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun begitu saya berterima kasih kerana diberi peluang berceramah di seluruh negeri Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundang saya.

“Atas kesedaran bahawa saya tidak mempunyai tauliah maka saya tidak dapat menerima semua jemputan daripada pihak masjid dan surau di Selangor. Kerana ini adalah peraturan dan undang-undang. Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Ujarnya, biarpun terdapat dua undangan program ceramah di negeri terbabit namun dia terpaksa menolak dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Insya-Allah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor dan saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.

“Terima kasih kepada semua yang pernah mengurus, menjemput dan menghadiri semua program saya selama ini di Selangor. Anda (orang ramai) boleh terus mengikuti kuliah saya di media sosial atau datang melawat sekolah saya di Pusat Pendidikan Al Barakah,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tiada ‘laluan khas’ disediakan kepada mana-mana penceramah atau pendakwah sekalipun yang popular dalam menyampaikan kuliah mereka di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz berkata, sebaliknya mereka harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dengan mempunyai pentauliahan negeri ini.

Malah katanya, tiada pengiktirafan kepada mana-mana tauliah dari negeri lain yang boleh digunakan di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI