fbpx

Safawi ‘digugurkan’ dalam skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain Safawi, pemain naturalisasi negara yang menyerlah pada kempen Piala AFF 2022 yang lepas, Sergio Aguero turut diletakkan dalam senarai menunggu. Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Ketiadaan nama penyerang kelab Ratchaburi, Safawi Rasid dalam panggilan skuad kebangsaan Harimau Malaya menjadi tanda tanya selepas senarai rasmi 27 pemain utama dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon telah memanggil 27 pemain untuk menjalani kem latihan pusat di Johor Bahru bermula Sabtu ini.

Sepert dijangka, dua pemain bola sepak naturalisasi baharu negara, Endrick Dos Santos dan Paulo Josue berjaya menerima panggilan skuad Harimau Malaya buat kali pertama.

Safawi yang menjadi kapten skuad negara pada kempen Piala AFF 2022 hanya diletakkan dalam senarai menunggu untuk perlawanan antarabangsa kali ini bersama 12 pemain lain.

“27 pemain ini telah dipanggil untuk menghadapi dua aksi antarabangsa bertemu Turkmenistan dan Hong Kong, masing-masing pada 23 dan 28 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

“Pan-gon telah mengekalkan seramai sembilan daripada 23 pemain yang telah membawa skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 pada Januari lepas.

“Selain itu, ada 13 pemain telah diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam pasukan sepanjang kem latihan pusat nanti,” kata kenyataan tersebut.

Selain Safawi, dua pemain naturalisasi negara yang menyerlah pada kempen Piala AFF 2022 yang lepas, Sergio Aguero dan Lee Tuck turut diletakkan dalam senarai menunggu. – KOSMO! ONLINE

 

INFO

Senarai 27 pemain skuad Harimau Malaya

PENJAGA GOL
Ahmad Syihan Hazmi (JDT)
Damien Lim (Sabah FC)
Kalamullah Al-Hafiz (KDA FC)
Sikh Izhan Nazrel (NSFC)

PERTAHANAN
Matthew Davies (JDT)
Syahmi Safari (JDT)
Feroz Baharudin (JDT)
Lawrence Corbin-Ong (JDT)
Shahrul Saad (JDT)
Dominic Tan (Sabah FC)
Daniel Ting (Sabah FC)
Quentin Cheng (Selangor FC)
Ahmad Khuzaimi Piee (Selangor FC)
Dion Cools (Buriram United)

TENGAH
Endrick Dos Santos (JDT)
Syamer Kutty Abba (JDT)
Stuart Wilkin (Sabah FC)
Brendan Gan (Selangor FC)
Fayadh Mohd Zulkifli (KDA FC)
Nor Azam Azih (Sri Pahang)
Paulo Josue (KL City)
Nooa Laine (SJK Seinajoki)

PENYERANG
Arif Aiman Hanapi (JDT)
Syafiq Ahmad (JDT)
Akhyar Rashid (JDT)
Faisal Halim (Selangor FC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI