fbpx

Polis Johor lengkap kertas siasatan kes ugut jenayah kumpulan Radja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN.

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kumpulan rock Indonesia, kumpulan Radja.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini seramai 17 individu dan dua suspek telah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Kertas siasatan ini akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapat nasihat dan arahan selanjutnya. Polis Johor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Kamarul Zaman memberitahu pihaknya menerima laporan polis pada pukul 05.34 pagi mengenai kejadian tersebut.

Difahamkan, insiden bermula ekoran berlaku salah faham antara pihak penganjur konsert dan juga band berkenaan sehingga menyebabkan dua lelaki melempar kata-kata kesat dan ancaman bunuh.

Vokalis kumpulan berkenaan, Ian Kasela memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan berhubung sesi ‘Meet And Greet’ antara band berkenaan dengan peminat serta beberapa lagi aktiviti lain yang dirancangkan pihak penganjur.

“Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 11.15 malam, dimana kami telah dimaki dengan kata-kata kesat. Individu tersebut turut memberikan ugutan bunuh kepada kami sekiranya masih berada di dalam Malaysia.

“Kami rasa agak kecewa kerana telah melakukan yang terbaik untuk konsert dan peminat di sini, malahan kami turut meluangkan masa untuk bergambar bersama peminat sewaktu konsert berlangsung,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, kes tersebut turut disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI