fbpx

Nepal larang pendakian solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mendaki bukit di sebuah kawasan pedalaman di Lembah Nepal. – Getty Images

KATHMANDU – Pelancong yang mahu mendaki mana-mana puncak di Nepal kini dilarang membuat pendakian solo kerana mereka perlu melantik jurupandu arah atau mendaki secara berkumpulan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Arahan terbaharu itu dikeluarkan lima tahun selepas Nepal melarang aktiviti pendakian solo di Gunung Everest dan kini, peraturan tersebut diperluas kepada aktiviti pendakian di serata kawasan negara itu.

Walaupun aktiviti mendaki gunung menjadi salah satu penyumbang utama ekonomi Nepal,  kerajaan juga perlu menanggung kos besar  operasi mencari dan menyelamat pendaki solo yang sesat.

“Apabila anda mendaki secara solo dan mengalami kes kecemasan, tiada sesiapa dapat menolong anda. 

“Apabila pelancong hilang akibat sesat atau ditemui mati, kerajaan sukar  untuk mengesan lokasinya  kerana mangsa menggunakan trek pedalaman,” kata Pengarah Lembaga Pelancongan Nepal, Mani R. Lamichhane.

Sementara itu, pemilik sebuah firma jurupandu berlesen di Nepal, Ian Taylor berkata, langkah terbaharu itu tepat dilakukan kerana semakin ramai pengembara cuba mendaki puncak yang sukar di negara itu secara bersendirian.

“Sebelum ini, kita sering melihat hanya pendaki berpengalaman datang mendaki di Nepal. Walaupun kebanyakan mereka tidak menggunakan khidmat jurupandu, mereka mempunyai kelengkapan mencukupi dan mempunyai ilmu pendakian.

“Namun kini, semakin ramai orang datang ke rantau ini dan kebanyakan  mereka adalah pelancong dan bukan pendaki sebenar.

“Mereka tidak mempunyai ilmu pendakian mencukupi. Disebabkan itu, mereka memerlukan bantuan jurupandu arah yang berpengalaman,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI