fbpx

Minggu pertama sesi persekolahan tiada kelas akademik – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADLINA

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan memaklumkan minggu pertama sesi persekolahan pada minggu depan tidak melibatkan sebarang kelas akademik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terbaharu bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi terlebih dahulu.

“KPM telah mengeluarkan arahan baharu kepada sekolah-sekolah bahawa minggu pertama tiada kelas akademik dan ia lebih kepada suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru.

“Kita juga ada menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik), biar mereka baik dahulu baru cerdik. Kita faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak,” katanya dalam sesi temubual bersama sebuah radio pagi tadi.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, arahan terbaharu itu juga dibuat bagi mengelakkan tekanan kepada pelajar baharu terutamanya mereka yang baharu menjejak kaki ke alam persekolahan.

“Kita tahu awal-awal persekolahan mesti anak-anak akan meragam, ibu bapa juga mesti akan merasai tekanan tersebut.

“Jadi kita nak beri ruang kepada ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekolah bersama anak-anak mereka, bagi mereka (anak-anak) selesa dahulu,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI