fbpx

Lelaki diugut, jari berdarah diserang makhluk halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jari kelingking Matt Paranormal berdarah dipercayai perbuatan mahkhluk halus. - Matt Paranormal

WREXHAM, Wales – Seorang penyiasat paranormal mendakwa dia menerima ancaman keganasan dari alam ghaib sebelum ‘diserang makhluk halus’ semasa penstriman langsung di akaun Facebook dari pejabatnya di Wrexham Khamis lalu, lapor portal berita Daily Star semalam.

Penyiasat dikenali sebagai Matt itu menggunakan kotak ALICE iaitu peranti perisian yang  digunakan dalam penyelidikan serta penyiasatan paranormal khususnya untuk bercakap dengan makhluk halus.

Semasa sesi ‘interaksi dengan makhluk halus’, kotak tersebut mengeluarkan perkataan ‘ancaman’ dan ‘ganas’ dalam masa beberapa minit pertama, lapor portal berita North Wales Live.

“Jika kamu  mahu membahayakan diri saya maka sila tampil ke hadapan. Saya tidak takut pada kamu,” kata Matt.

Bapa dua anak berusia 35 tahun itu berkata, ketika dia berjalan melalui pintu untuk keluar, dia merasakan cakaran paling menyakitkan pada jari kelingking di tangan kanannya.

Dia juga menyedari darah mengalir dari tangannya dan berkata, luka yang dialami berdarah selama kira-kira 10 minit dan berkemungkinan meninggalkan parut.

Matt juga terkenal kerana memiliki anak patung berhantu bernama Annie yang dibelinya. Dia  memasang peralatan paranormal dengan harapan dapat membuktikan ada kehidupan selepas kematian serta pernah muncul dalam program ITV,  This Morning bersama boneka tersebut.

Annie berada di dalam bilik pada masa siaran langsung Facebook itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI