fbpx

Kos tunaikan haji akan dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Arab News

KUALA LUMPUR – Kerajaaan akan meneliti semula kos untuk menunaikan haji musim ini berikutan peningkatan kos yang dijangka sehingga RM30,850 bagi setiap jemaah Muassasah berbanding RM28,632 seorang tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar berkata, kadar baharu tersebut akan dimaklumkan Tabung Haji selepas ia dimuktamadkan kelak.

Jelas beliau, peningkatan tersebut adalah disebabkan beberapa faktor termasuklah kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia berbanding Saudi Riyal dan Dollar Amerika.

Selain itu katanya, ia turut disumbangkan oleh kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi, projek pembesaran berterusan di Makkah dan Madinah yang memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan.

“Caj dikenakan pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di Tanah Suci turut menjadi faktor kepada peningkatan kos haji,” katanya.

Mohd Nai’im berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah serta bantuan disediakan kerajaan bagi menampung peningkatan mendadak kos untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah yang mampu memberi kesan secara terus terhadap mereka yang beragama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI