fbpx

Kanak-kanak lemas di kolam ketika penjaga leka main telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TEMERLOH – Gara-gara kelalaian penjaga yang dikatakan asyik bermain telefon bimbit seorang kanak-kanak berusia 11 tahun lemas ketika mandi kolam di sebuah pusat peranginan di Mentakab di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu mangsa mandi di kolam pusat peranginan berkenaan dengan ditemani teman lelaki ibunya yang berusia 41 tahun.

“Pada mulanya mangsa mandi di kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan kemudiannya mandi di kawasan kolam renang dewasa yang berkedalaman dua meter dengan ditemani oleh lelaki berkenaan.

“Tidak lama selepas itu kedua-duanya naik untuk berehat di tepi kolam dan semasa suspek leka menggunakan telefon bimbit, suspek menyedari mangsa sudah tidak ada bersamanya,”katanya.

Tambahnya suspek telah meminta pengawal keselamatan hotel mencari mangsa sebelum mangsa ditemui di dasar kolam renang dewasa.

Katanya mangsa yang dibawa ke klinik kesihatan berhampiran disahkan meninggal dunia sebelum di bawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Dalam pada itu beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, suspek turut dipanggil pihak polis untuk siasatan lanjut kerana dengan cuai telah menyebabkan kematian mangsa.

“Pihak Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh menasihati masyarakat supaya sentiasa peka dan prihatian terhadap keselamatan anak- anak mereka.

“Kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanak- Kanak 2001,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI