fbpx

Josue, Santos dapat panggilan, Safawi digugurkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE dan Santos antara pemain naturalisasi baharu yang mendapat panggilan menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.

SEPERTI dijangka, dua pemain bola sepak naturalisasi baharu negara, Endrick Dos Santos dan Paulo Josue berjaya menerima panggilan skuad Harimau Malaya buat kali pertama selepas senarai rasmi 27 pemain dikeluarkan semalam.

Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon telah memanggil 27 pemain untuk menjalani kem latihan pusat di Johor Bahru bermula Sabtu ini.

DOS SANTOS

“27 pemain ini telah dipanggil untuk menghadapi dua aksi antarabangsa bertemu Turkmenistan dan Hong Kong, masing-masing pada 23 dan 28 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

“Pan-gon telah mengekalkan seramai sembilan daripada 23 pemain yang telah membawa skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 pada Januari lepas.

“Antara pemain baharu dipanggil kali ini ialah penjaga gol, Damien Lim dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; Fayadh Zulkifli Amin, Daniel Ting, Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Feroz Baharudin dan Nooa Laine.

“Selain itu, ada 13 pemain telah diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam pasukan sepanjang kem latihan pusat nanti,” kata kenyataan tersebut.

Pada bulan lalu, kem skuad Harimau Malaya menerima khabar gembira selepas dua pemain kelahiran Brazil, Endrick yang mewakili skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Josue (KL City) sah mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Situasi tersebut membolehkan kedua-dua tonggak tersebut didaftarkan sebagai pemain tempatan bersama kelab masing-masing.

Endrick berjaya mempamerkan prestasi cemerlang apabila meledak tiga gol bersama skuad Harimau Selatan manakala Josue pula menyumbangkan dua jaringan buat The City Boys.

Antara nama besar yang telah digugurkan pada aksi antarabangsa kali ini adalah penyerang sensasi yang mewakili kelab Ratchaburi FC di Thailand, Safawi Rasid dan pemain naturalisasi Sri Pahang, Sergio Aguero.

INFO

SENARAI 27 pemain skuad Harimau Malaya

PENJAGA GOL

Ahmad Syihan Hazmi (JDT)

Damien Lim (Sabah FC)

Kalamullah Al-Hafiz (KDA FC)

Sikh Izhan Nazrel (NSFC)

 

PERTAHANAN

Matthew Davies (JDT)

Syahmi Safari (JDT)

Feroz Baharudin (JDT)

Lawrence Corbin-Ong (JDT)

Shahrul Saad (JDT)

Dominic Tan (Sabah FC)

Daniel Ting (Sabah FC)

Quentin Cheng (Selangor FC)

Ahmad Khuzaimi Piee (Selangor FC)

Dion Cools (Buriram United)

 

TENGAH

Endrick Dos Santos (JDT)

Syamer Kutty Abba (JDT)

Stuart Wilkin (Sabah FC)

Brendan Gan (Selangor FC)

Fayadh Mohd Zulkifli (KDA FC)

Nor Azam Azih (Sri Pahang)

Paulo Josue (KL CITY)

Nooa Laine (SJK Seinajoki)

 

PENYERANG

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Syafiq Ahmad (JDT)

Akhyar Rashid (JDT)

Faisal Halim (Selangor FC)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI