fbpx

Anak baling remote marah bapa tengok tv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gara-gara tidak membenarkan bapa menonton televisyen seorang anak bertindak membaling alat kawalan jauh televisyen hingga menyebabkan kecederaan pada bapanya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi dikatakan berlaku selepas perselisihan faham di antara bapa berusia 74 tahun dan anak lelakinya berusia 41 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, suspek tidak menyukai bapanya sering menonton televisyen dengan nada yang kuat.

“Punca adalah disebabkan suspek tidak membenarkan pengadu menonton televisyen dan suspek kemudiannya membaling alat kawalan jauh televisyen mengenai bahagian kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 2.20 petang pada hari sama.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan tisu pada bahagian dahi telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

Tambahnya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil saringan ujian air kencing juga bebas dari sebarang dadah.

“Pihak polis turut merampas satu unit alat kawalan jauh televisyen jenis Samsung yang digunakan suspek,” ujarnya.

Tambahnya, permohonan reman akan dilakukan pada hari ini di Mahkamah Majistret Ampang dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI