fbpx

Tiga maut, pertembungan babit dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kenderaan di Jalan Papar Lama, berhampiran Kampung Nambazan, Penampang malam tadi. FOTO IVAN AMIRUL

PENAMPANG – Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kenderaan di Jalan Papar Lama, berhampiran Kampung Nambazan, 11.30 malam tadi.

Kemalangan membabitkan kereta jenis Naza Kia dipercayai melawan arus sebelum bertembung dengan Perodua Myvi yang dinaiki tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Dua mangsa yang maut membabitkan pemandu dan seorang penumpang Perodua Myvi manakala seorang lagi adalah pemandu Naza Kia.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada sebuah kereta yang dipandu melawan arus.

“Pemandu berkenaan dipercayai memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi kereta secara berhadapan menyebabkan kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Tiga mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Haris memaklumkan mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI