fbpx

Laporan polis terhadap Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Kamil bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di berhubung kenyataan Muhyiddin di IPD Putrajaya hari ini. - GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini susulan kenyataan dibuat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, Muhyiddin mendakwa keputusan dibuat lebih awal oleh pihak paling berkuasa dalam pentadbiran negara sebelum siasatan dilengkapkan.

Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan bahawa beliau menuduh pendakwaan dibuat atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mendakwa.

“Beliau (Muhyiddin) menyatakan pendakwaan yang dibuat itu suatu pendakwaan terpilih, bermotif politik dan suatu bentuk penganiayaan yang memberi gambaran bahawa wujudnya unsur campur tangan dalam proses itu.

“Justeru, saya hadir hari ini untuk membuat satu laporan polis terhadap Muhyiddin atas kenyataan beliau sejurus beliau didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat lalu,” katanya ketika ditemui di luar IPD Putrajaya di sini.

Katanya, kenyataan dilemparkan itu adalah suatu tohmahan dan fitnah untuk mencipta persepsi negatif yang tidak baik terhadap kepimpinan Perdana Menteri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI