fbpx

EPL: Erling Haaland terus tambah koleksi gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND muncul wira City apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Palace awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Kemampuan Erling Haaland mengelak rasa kecewa menjadi senjata rahsia buat penyerang Manchester City itu ketika membantu pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park kelmarin.

Jaringan berkenaan melengkapkan gol ke-28 buat bintang Norway itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan sudah memadai untuk memadam kekecewaan selepas mensia-siakan ba­nyak peluang terbaik di babak pertama perlawanan.

“Untuk seseorang pemain bola sepak, bola keranjang mahu pun tenis, apabila kamu befikir segalanya sudah berakhir selepas melepaskan peluang terbaik, kamu pasti tidak akan jadi pemain terbaik.

“Sejak saya mengenalinya, saya dapati dia memiliki sikap luar biasa, dia boleh terlepas satu peluang, namun dia tidak pernah rasa tertekan atau sedih, sebaliknya terus berusaha.

“Dia sentiasa berfikiran positif dan tahu mempunyai peluang seterusnya, jadi ini adalah sifat luar biasa untuk pemain bola sepak. Haaland seorang yang yakin de­ngan peluang yang akan dia peroleh seterusnya,” kata pengendali City, Pep Guardiola.

Kejayaan Haaland meledak gol kemenangan itu mengha­dirkan kelegaan buat Guardiola yang percaya kualiti dimiliki pe­nyerang itu mampu memacu pasukan ke arah lebih baik dan keluar daripada detik kurang meyakinkan.

“Dia masih boleh baiki permainannya dengan pasukan ini. Orang mula berkata Haaland tidak lagi sama dengan sebelum ini, namun saya yakin dia akan terus menjaringkan gol dan jumlah jaringan akan jadi bukti terbaik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI