fbpx

Dua pasangan kekasih geng pecah premis antara dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsudin (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian hasil pecah premis termasuk barang kemas yang dirampas susulan penahanan enam suspek di Baling sejak hujung bulan lalu.

BALING – Kelicikan sekumpulan penjenayah yang aktif melakukan pecah rumah dan premis sejak awal tahun lalu tumpas selepas enam suspek termasuk dua pasangan kekasih dicekup, di sini, antara 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan warga tempatan berusia antara 23 hingga 56 tahun itu ditahan di kawasan Pulai dan Bongor, di sini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memberitahu, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian pecah sebuah sekolah rendah di kawasan Kupang, di sini, dengan kerugian melibatkan sejumlah wang tunai hasil jualan buku yang disimpan di pejabat.

“Susulan laporan itu, satu operasi khas iaitu Op Pintu Khas dijalankan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling bagi mengesan penjenayah terlibat.

“Dalam operasi tersebut, kita berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah itu dalam tiga serbuan berasingan serta merampas barangan yang disyaki hasil kegiatan jenayah dilakukan,” katanya, di sini hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati semua suspek lelaki mengaku terlibat dalam kejadian pecah rumah di daerah ini, Sungai Petani dan Sik sejak awal tahun lalu. Mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI