fbpx

Dewan Rakyat: 97 peratus veteran ATM tidak berpencen terima BSH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Hasan.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, sehingga hari ini sebanyak 97 peratus daripada 9,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan.

Kata beliau, usaha kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengesan veteran yang belum mendaftar dengan jabatan itu untuk dipertimbangkan bantuan.

“Namun masalah yang dihadapi JHEV ialah mereka yang berusia 80 tahun ke atas masih tidak mendaftar. Itu sebabnya, kami menggalakkan dan memohon meminta supaya Persatuan Veteran ATM di setiap negeri dan cawangan mencari serta mendaftarkan mereka dengan JHEV.

“Bagaimanapun, jumlah veteran yang telah berdaftar melebihi 200,000 tetapi kebanyakan mereka berumur 65 tahun ke bawah,” katanya menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu lagi, paling ramai yang tidak berdaftar kebanyakan veteran dari Sabah dan Sarawak.

“Mereka ini ramai yang tidak mendaftar, itu yang menghairankan kami. Pengarah JHEV telah pun ke Sabah untuk memastikan kebajikan dan juga hal ehwal veteran yang ramai tidak berdaftar untuk diberikan perhatian.

“Dalam cadangan yang dibuat kementerian ialah untuk menambah bilangan bantuan sara hidup ini daripada 9,000 kepada 15,000 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI