fbpx

Dewan Rakyat: 4,363 tapak 5G telah siap di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan DIgital (KKD) menjelaskan sehingga 28 Februari lalu sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, dengan jumlah tersebut ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Jumlah peratusan ini adalah termasuk tapak-tapak pemancar 5G yang telah diaktifkan oleh DNB, tetapi belum boleh diakses oleh pengguna kerana syarikat penyedia perkhidmatan masih dalam proses onboarding.

“Sementara itu bagi tapak 5G yang boleh diakses oleh pengguna sahaja, ketersediaan perkhidmatan 5G berada pada tahap 46.9 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Susulan pengumuman Perdana Menteri semasa Belanjawan 2023, peluasan pembangunan 5G diteruskan untuk mencapai 80 peratus liputan menjelang penghujung 2023,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu sehingga kini berap tapak pemancar 5G yang sudah siap dibangunkan di seluruh negara.

Tambah beliau lagi, berdasarkan kajian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, kadar mampu milik pakej runcit dibandingkan dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) perkapita, harga perkhidmatan mudah alih di Malaysia adalah munasabah.

“Sebagai contoh, bagi pakej asas panggilan dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi penggunaan rendah dan tinggi, Malaysia menduduki tempat ketiga di rantau Asean selepas Singapura dan Brunei,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI