fbpx

Suamiku Lelaki Pendosa menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menepati ramalan ramai, drama Suamiku Lelaki Pendosa dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Selain Pengarah Terbaik, Suamiku Lelaki Pendosa yang pernah mencipta kontroversi kerana mengangkat mesej mengenai cinta kaum sejenis itu turut merangkul trofi Pelakon Antagonis Terbaik lakonan Gambit Saifullah dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik (Datuk Aaron Aziz).

Bagi kategori Drama Popular pula menjadi milik Bisik-Bisik Gelora lakonan Raysha Rizrose dan Redza Rosli.

Sementara itu, drama Melur Untuk Firdaus pula merangkul trofi Drama Adaptasi Novel Terbaik dan Pasangan Dramatis Terbaik lakonan Anna Jobling bersama Meerqeen.

Dalam pada itu, aktres Ummi Nazeera pula membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Risik Pada Hati).

Redza Rosli pula tampil mengejutkan ramai apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Drama Popular menerusi drama Bisik-Bisik Gelora sekali gus mengalahkan saingan terdekatnya, Meerqeen, Aedy Ashraf, Aniq Suhair dan Shukri Yahaya.

Sementara Anna Jobling diangkat sebagai Pelakon Wanita Drama Popular bagi drama Melur Untuk Firdaus.

Bagi kategori baharu iaitu Oppa Pilihan Tonton pula dimiliki oleh aktor Cha Eun-woo iaitu bintang drama True Beauty, manakala bagi anugerah BBNU Tonton pula menjadi milik Aniq Suhair.

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 hari ini dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Sharifah Shahira. – KOSMO! ONLINE

Senarai pemenang:

Pelakon Antagonis Terbaik: Gambit Saifullah
Penulis Skrip Terbaik: Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Muhamad Ederis (Ayahanda)
Drama Adaptasi Novel Terbaik: Melur Untuk Firdaus
Anugerah BBNU Tonton: Aniq Suhair
Pasangan Drama Terbaik: Anna Jobling & Meerqeen (Melur Untuk Firdaus)
OST Terbaik: Nafas Cinta (Khai Bahar dan Aina Abdul)
Drama Terbaik 8TV: My Dream My Wish
Pelakon Lelaki Terbaik: Datuk Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)
Pelakon Wanita Terbaik: Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)
Oppa Pilihan Tonton: Cha Eun-woo (Teue Beauty)
Pelakon Lelaki Popular: Redza Rosli (Kekasih Hati Mr. Bodyguard)
Pelakon Wanita Popular: Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Drama Popular: Bisik-Bisik Gelora
Pengarah Terbaik: Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)
Drama Terbaik: Suamiku Lelaki Pendosa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI