fbpx

Pengguna mahu tandas awam kembali sedia paip air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan tandas awam di pusat beli-belah tidak menyediakan paip air untuk kegunaan pengguna.

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna meminta agar tandas awam terutama di pusat beli-belah menyediakan kembali kemudahan paip air seperti sebelum ini.

Ramai yang merungut disebabkan agak sukar untuk mereka membuang air besar apabila tiada paip air di dalam tandas.

Menerusi perkongsian di Penang Press di Facebook, ramai yang membuat aduan tidak selesa menggunakan tandas tanpa disediakan paip air.

“Bila sakit perut nak buang ‘hajat’ (air besar) terpaksa tangguh kerana kebanyakan bangunan atau pasar raya di Pulau Pinang tiada paip air, susah sungguh nak buang ‘hajat’ sudahlah susah nak cuci.

“Sekali buka air, ‘syahdu’ (perlahan) dia tembak. Minta tolong sediakan paip air,” luah seorang pengadu.

Seorang pengguna lain, Nur Shuhada beranggapan tandas tanpa paip seperti di kebanyakan pusat beli-belah amat menyusahkan kerana air pancutan tersebut terlalu perlahan dan tidak menjamin kebersihan.

“Yang jenis ini air kena dekat bahagian belakang sahaja, depan tak kena, patut reka buat satu lagi paip ejas (letak) dekat depan pula baru la cuci keseluruhan kawasan. Bagi aku menyusahkan, dekat tandas belah Kuala Lumpur pun banyak pakai yang macam ini termasuk tandas cangkung,” luahnya.

Bagaimanapun, ramai yang beranggapan cara tersebut adalah bagi menangani masalah pembaziran air.

“Dulu masa ada paip air, ramai suka biar tak tutup rapat, air membazir sahaja. Ada paip pun bukan pengguna reti nak gantung semula, biar guna auto kesan macam ini, jimat. Tapi nak basuh air besar tu susah sikit,” komen Syukri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI