fbpx

Enggan anak pandu BMW, bapa pecah cermin tingkap, pancit tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berkenaan memecahkan tingkap, memancitkan tayar dan mengetuk badan kereta BMW anaknya menggunakan penukul sehingga kemik. – Twitter

LOGRONO, SEPANYOL – Seorang bapa di Sepanyol nekad merosakkan kereta BMW milik anaknya dengan cara memecahkan tingkap dan mengetuk badan kenderaan itu menggunakan tukul bagi mengelakkan lelaki itu terlibat dalam kemalangan, lapor laman berita Oddity Central.

Dalam kejadian yang berlaku minggu lalu, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu bertindak demikian untuk mengelakkan anaknya yang sedang mabuk daripada memandu kereta mewah itu.

Menurut laporan, pasukan polis tempatan menerima beberapa panggilan telefon daripada penduduk yang memberitahu mengenai seorang lelaki merosakkan sebuah kereta yang diparkir di tepi sebatang jalan di bandar Logrono.

Sepasukan unit rondaan kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki yang memandu sebuah van berwarna putih cuba melarikan diri.

Selepas ditahan, terdapat seorang lelaki separuh usia dan anak lelakinya yang berada dalam keadaan mabuk di dalam van itu.

Ketika disoal siasat, si bapa memberitahu bahawa dia terpaksa bertindak demikian kerana ingin menghalang anak lelakinya daripada memandu kereta BMW itu dalam keadaan mabuk.

Lelaki berkenaan mengakui memecahkan tingkap kereta BMW itu, memancitkan tayar dan mengetuk badan kenderaan tersebut menggunakan penukul sehingga kemik. 

“Insiden itu berlaku pada waktu awal pagi Ahad lalu apabila beberapa penduduk melaporkan terdapat seorang lelaki memegang tukul sedang merosakkan sebuah kereta BMW yang diparkir di tepi jalan,” kata sumber polis.

Tidak dijelaskan sama ada kedua-dua bapa dan anaknya dikenakan sebarang tindakan akibat insiden itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI