fbpx

2 lelaki ditahan disyaki ugut kumpulan Radja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ugutan jenayah dan kata-kata kesat terhadap kumpulan rock Indonesia, kumpulan Radja ditahan petang tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua lelaki tersebut ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kira-kira pukul 3.30 petang.

“Hasil siasatan mendapati, suspek berusia 37 dan 48 tahun itu adalah seorang lelaki tempatan dan lelaki warga asing.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Mereka boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kamarul Zaman memberitahu pihaknya menerima laporan polis pada pukul 05.34 pagi mengenai kejadian tersebut.

Difahamkan, insiden bermula ekoran berlaku salah faham antara pihak penganjur konsert dan juga band berkenaan sehingga menyebabkan dua lelaki melempar kata-kata kesat dan ancaman bunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI