fbpx

[VIDEO] Trak pikap pandu melulu bahagian kiri jalan diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak pikap jenis Isuzu berwarna merah yamg memandu secara melulu di Lebuh Raya Persekutuan, semalam.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan pemandu trak pikap yang memandu secara melulu di bahagian kiri jalan sehingga melanggar sebuah kenderaan lain di Lebuh Raya Persekutuan, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mendapat kejadian tersebut yang tular di media sosial sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

Katanya, kejadian tersebut berlaku semalam sekitar pukul 10.49 pagi membabitkan pacuan empat roda itu yang memotong semua kenderaan sepanjang jalan tersebut di bahagian kiri jalan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kami sedang giat menjalankan usaha mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ku Mashariman, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menhubungi balai polis berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor M. Sivam di talian 017-3290749. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI