fbpx

Tidak rasmi: Dr. Muhamad Akmal menang jawatan Ketua Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh selesa mendahului jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerusi keputusan pemilihan parti setakat ini.

Berdasarkan keputusan pada masa ini, Dr. Muhamad Akmal memperolehi 102 undi Bahagian, meninggalkan tiga pencabarnya, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah serta Meor Hassan Mat Ali.

Mohd. Shahar memperoleh 16 undi Bahagian, manakala Armand Azha dengan enam undi Bahagian berdasarkan keputusan setakat ini dikongsikan oleh bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, undi 102 Bahagian diperolehi Dr. Muhamad Akmal melepasi 96 undi untuk majoriti mudah.

“Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr. Muhamad Akmal berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk sesi 2023-2026.

“Setakat ini undi yang diperolehi 102 Bahagian melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 Bahagian,” katanya memuat naik keputusan terkini pada Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI