fbpx

Sejagat Relief anjur majlis berbuka puasa kumpul dana bantu Turkiye, Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster majlis berbuka puasa anjuran Sejagat Relief dan Aid4Turkiye&Syria di Hotel Grand Barakah pada 25 Mac depan

PETALING JAYA – Orang ramai dijemput memeriahkan majlis berbuka puasa amal anjur
Sejagat Relief bersama gabungan Aid4Turkiye&Syria pada 25 Mac depan di Hotel Grand Barakah, Ampang.

Menerusi satu kenyataan, Sejagat Relief berkata, majlis amal tersebut diadakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Ini kerana katanya, sumbangan dan bantuan kewangan yang besar diperlukan untuk memulihkan kerosakkan yang berlaku di negara berkenaan.

“Oleh itu, Sejagat Relief bersama gabungan Aid4Turkiye& Syria mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis berbuka puasa bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka disana.

“Insya-Allah, majlis ini ini akan turut diserikan dengan kehadiran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama empat Menteri Besar dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis,” kata kenyataan itu.

Justeru, Sejagat Relief berbesar hati menjemput para dermawan, syarikat korporat, pihak NGO dan individu persendirian untuk bersama-sama dalam majlis berbuka puasa bagi pengumpulan dana membantu Turkiye dan Syria.

“Untuk maklumat semua, sejak awal gempa bumi melanda, Sejagat Relief telah menghantar pelbagai sumbangan bagi membantu mangsa yang terlibat.

“Sehingga kini, Sejagat Relief bersama 39 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bergabung bersama dalam mengumpulkan dana untuk membantu lebih ramai lagi mangsa,” katanya.

Bagi maklumat lanjut mengenai majlis berbuka puasa amal, boleh berhubung dengan Puan Norhafiza Fadzil di talian 018 – 385 4483.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI