fbpx

Ramai mahu saluran percuma ditambah, anggap myFreeview ada kredibiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Ketika trend pelangganan saluran televisyen berbayar semakin merosot, lain pula senario yang berlaku ke atas platform digital percuma myFreeview.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kajian soal selidik dilaksanakan membuktikan penerimaan tinggi rakyat kepada wadah penyiaran itu.

“Siaran ini dianggap memiliki kredibiliti yang tinggi dan sumber maklumat secara pantas boleh dipercayai serta memudahkan akses penyebaran berita lebih luas.

“Majoriti menonton myFreeview bagi tujuan pendidikan, pengetahuan serta maklumat agama, sosial, politik, budaya dan kesihatan.

“Ramai berpuas hati platform percuma ini berjaya merangsang minda dan membolehkan aktiviti interaksi isu semasa diadakan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan,” katanya.

Kualiti kandungan siaran disediakan begitu baik dalam format Definisi Tinggi (HD) juga menjadi faktor ketara kepuasan para penonton terutama program berbentuk hiburan.

Paling menarik, kaji selidik itu mencadangkan agar ramai pembekal perkhidmatan dapat menawarkan lebih banyak pilihan saluran baharu dengan kandungan berjiwa tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI